Catatan Popular

Selasa, 23 Ogos 2011

Salam Penyejuk JIwa..

Allah tidak memberi kehidupan ini kepada kita sebenarnya.

Tetapi sebenarnya, Allah MEMINJAMKAN ia kepada kita.

Barang pinjam bukanlah barang yang kekal abadi. Esok lusa atau bila-bila, ia pasti perlu dipulangkan ke tangan tuan asal.

Kerana ia adalah ‘BARANG PINJAM’.

Barang pinjam, bila tidak dijaga sebaiknya, dipulangkan dalam keadaan tidak sejahtera seperti asal (fitrah), maka sudah tentu akan menimbulkan kemarahan tuan empunya barang.

Saya pernah merasai pengalaman itu.


Dan saya tahu betapa peritnya dimarahi oleh pemilik barang itu dalam keadaan dia benar-benar menaruh kepercayaan terhadap kita, tetapi dikhianati kepercayaan itu apabila kita memulangkan barang pinjam itu dalam keadaan rosak atau tidak baik.

Allah s.w.t., bagaimana?

Bukankah barang pinjam Allah itu adalah seluruh kehidupan kita?


Sudah kita hitung berapa banyaknya hutang kita kepada Allah dalam kehidupan ini?



Kemampuan kita untuk membayar segala ‘hutang’ itu,  pernahkah kita terfikir?

Justeru, bila kita mengetahui bahawa kehidupan ini seluruhnya adalah pinjaman daripada Allah, maka kita perlu sentiasa berfikir bagaimana untuk menjadikannya sejahtera di akhirat kelak bila minta‘dipulangkan’ semula.



Ada satu cara sahaja. Jadikan kehidupan ini sebagai mihrab !



Apa itu mihrab?



Mihrab adalah medan ubudiah (perhambaan) kita kepada Allah.



Ya. Kehidupan ini adalah untuk itu.


ALLAH TIDAK AKAN PERNAH TERJEJAS HANYA KERANA KITA

Janganlah disangka bila kita melupakan Allah dalam kehidupan, maka hal itu akan memudharatkan Allah.


Jangan disangka bila kita menggunakan ‘barang pinjam’ ini sewenang-wenangnya, maka kuasa Allah berkurangan.

Bahkan kemuliaan Allah tidak pernah berkurang walaupun semua manusia tidak mahu bersyukur. Kemuliaan Allah juga tidak bertambah walau semua manusia tunduk beriman dan patuh kepada Allah.



Allah tidak akan pernah terjejas dengan berimannya kita ataupun tidak.



Allah itu Maha Agung. Ia memiliki kerajaan yang besar. Segala yang di langit mahupun di bumi ini semua miliknya.



Makhluk-makhluk lain tunduk dan patuh kepada-Nya. Apalah sangat dibandingkan dengan kita yang kerdil ini.

Adakah menjejaskan keagungan Allah bila kita tidak beriman, tidak bersyukur?
TIDAK. Tidak sekalipun.

Bahkan, sebaliknya. Kitalah yang bakal terjejas, kerugian dan kehinaan kerana meninggalkan pesanan-pesanan Allah.

Kerana ramainya manusia yang tidak tahu bersyukur, maka Allah sentiasa mengingatkan kita dalam Al-Quran.



(أفَلا تَشْكُرُونَ)
“Apakah kalian tidak bersyukur?”


saya bersyukur di dalam hidup ini, dikurniakan sahabat2 ...teman2 yang sentiasa menyedarkan sy, dan mengingatkan sy betapa lemah dan daifnya sebagai seorang hamba...sebagai seorang teman, sebagai seorang sahabat..

terima kasih...kerana sentiasa brsedia menjadi sahabat ku

Jaga Hati, Hiasi Peribadi, moga bahagia....Allah DiHati..
Cakkk~^__^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan