Catatan Popular

Selasa, 23 Ogos 2011

Kenali Potensi Diri..

Setiap manusia mempunyai kelemahannya tersendiri.


Ini kerana, "lemah" adalah salah satu sifat makhluk, dan manusia juga adalah salah satu makhluk ciptaan Allah. Tiada seorang manusia pun yang sempurna, sehingga tiada satu pun cacat cela pada sifatnya.

Kelemahan itu adalah perkara yang biasa bagi seorang manusia.

Kita juga ada kelemahan diri. Tetapi Allah swt tidak pernah memandang kelemahan-kelemahan fizikal ini untuk memilih siapakah hamba-Nya yang wajar dicintai.


Nabi Musa a.s adalah seorang yang gagap. Tetapi, Baginda adalah salah seorang kekasih Allah.


Allah swt sangat menyayangi Nabi Musa a.s sehinggakan Allah swt telah menyelamatkan seorang tentera Firaun bernama Jalut daripada lemas di lautan, kerana Jalut ini adalah badut Firaun yang suka meniru gaya Nabi Musa a.s bercakap gagap. Allah swt suka pada Jalut, kerana dia meniru perbuatan kekasihnya. 



Bilal bin Rabah r.a adalah seorang hamba yang berkulit hitam. Bukan setakat hitam biasa, malah hitam berkilat. Tetapi,


Allah swt sayang padanya. Allah swt telah muliakannya, sehinggakan suara azannya dapat didengari bukan sahaja oleh penduduk bumi, malah, oleh penduduk langit juga.....


 Kisah-kisah ini membuktikan bahawa, kelemahan-kelemahan fizikal sama sekali tidak dapat mengurangkan kasih sayang Allah swt pada seseorang.


Betapa Rahimnya Allah swt, apabila Dia menyayangi seseorang, Dia akan menyayangi kesemua yang ada pada orang itu, walaupun sesuatu yang dianggap sebagai kelemahan. Sekiranya Allah swt yang Maha Sempurna boleh menyayangi seseorang ke tahap itu, apatah lagi kita, hamba-Nya yang sangat lemah lagi hina. 


Tiada kelemahan yang harus kita risaukan, melainkan seandainya  kita tidak mempunyai iman dan amal
(nauzubillahiminzaalik).


Seandainya kita...

telah mempunyai iman dan yakin yang kuat pada Allah swt dan beramal mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw,maka kita..,

Insyallah... berjaya di dunia dan di akhirat.

Jaga Hati, Hiasi Peribadi Moga bahagia, Allah Di Hati..~

Aamin~^__^..

1 ulasan:

  1. Orang yang imannya paling sempurna di antara kaum mukminin adalah orang yang paling bagus akhlaknya diantara mereka.
    (HR At-Thirmidzi)..

    BalasPadam