Catatan Popular

Rabu, 16 Januari 2013

Kecerdasan~

Akhir-akhir ini, banyak cendekiawan memperkenalkan aneka kecerdasan manusia, antara lain IQ
( Kecerdasan Intelektual), EQ (Kecerdasan emosional), dan SQ (Kecerdasan Spiritual).

Kecerdasan spiritual (SQ), melahirkan iman yang kukuh dan rasa kepekaan yang mendalam, kecerdasan ini yang menegaskan kewujudan Tuhan yang dapat ditemui di mana-mana, kecerdasan ini melahirkan kemampuan bagi menemukan makna hidup, serta memperhalus budi pekerti.  Kecerdasan ini juga yang melahirkan mata ketiga dan indera keenam untuk manusia.

Ia yang menjadikan manusia percaya kepada perkara-perkara ghaib, tetapi ghaib yang tidak bertentangan dengan kecerdasan intelektualnya, bukan ghaib yang mempunyai ciri tahyul dan khurafat.  Bukan juga  ghaib yang menjadikannya percaya kepada angka 13 ataupun, apabila terlanggar seekor kucing, dia menguburkan kucing itu, manakala sekiranya terlanggar manusia, dia melarikan diri.hehe...

Kecerdasan emosional (EQ) menjadikan kita mampu mengendalikan nafsu dan diri.  Emosi dan nafsu diperlukan kerana keduanya adalah faktor yang mendorong terlaksananya tugas kekhalifahan di muka bumi, atau dengan kata lain, tugas membangunkan dunia sesuai dengan kehendak dan tuntutan ilahi.



Kecerdasan ini,  mampu mendidik kita supaya marah pada tempatnya, dengan kadar, serta cara yang tepat, kecerdasan emosional mendorong lahirnya sifat tabah dan sabar apabila berdepan dengan ujian dunia, kecerdasan ini dapat menjadikan jiwa kita seimbang, seterusnya, mampu berfikir secara logik, objektif, bahkan memiliki tubuh badan sihat. Orang yang kecerdasan emosinya berfungsi dengan baik, akan menyelamatkan anggota badannya daripada segala kejahatan dan menyelamatkan hatinya daripada segala maksud buruk.

Kecerdasan ketiga yang kita perlukan adalah kecerdesan Intelektual (IQ).  Tetapi , sekiranya ini tidak disertai dengan kedua kecerdasan seperti yang saya bicarakan di atas, manusia terjerumus ke dalam jurang kebinasaan. Kita menjadi seperti kepompong yang membakar diri sendiri kerana 'kepintarannya' perlu diingati, kebodohan bukan sekadar lawan kepada banyaknya pengetahuan, ini kerana, mungkin sahaja seseorang memiliki informasi yang banyak, tetapi apa yang diketahuinya tidak bermanafaat untuknya.

Dalam satu nasihat kepada anaknya, Luqman Al-Hakim berpesan, " Wahai anaku, tidak ada baiknya mempelajari apa yang belum kamu ketahui, sekiranya kamu belum memanfaatkan apa yang kamu ketahui. Perbuatan ini seperti pengumpul kayu yang tidak mampu memikulnya, tetapi dia menambah lagi kayu lain untuk dipikulnya"..

Dalam satu kisah disebutkan, "Pengetahuan adalah cahaya yang dicampakkan Allah SWT ke hati siapa yang bersedia bagi memperolehinya"

Kini, mahukah kita menggunakan aneka kecerdasan itu secara terpadu?

Sekiranya kita mahu dan bertekad, Tuhan yang Maha Kuasa akan 'menampakkan' dirinya kepada kita, dan ketika itu Dia Mencintai kita.~!!

Dalam hadis yang direkodkan oleh al-Bukhari melalui Abu Hanifah, Rasullah SAw menyatakan,

"Sesungguhnya Allah yang Maha Mulia lagi Maha Agung berkata, " Barang siapa yang memusuhi Wali-KU, iaitu orang yang dekat kepada KU., sesungguhnya aku nyatakan perang kepadanya, sesungguhnya hambaKU yang mendekatkan diri kepada AKU dengan sesuatu, lebih AKU senangi berbanding mereka yang melaksanakan apa yang AKU perintahkan.

AKU mencintai hamba KU  yang sentiasa mendekatkan diri dengan melakukan amalan-amalan sunnah, apabila AKU  mencintaiNYA , menjadikan AKU  telingaNYA bagi mendengar, mata bagi melihat, tangan bagi mengajar, dan kakinya untuk berjalan, apabila dia bermohon kepda AKU , pasti AKU  kabulkan permohoanNYA, apabila dia meminta perlindungan KU, pasti aku melindungiNYA"

Jaga hati, Hiasi peribadi, Moga bahagia, Allah dihati, kerana Penghubung itu, Adalah suara Hati
(WhiteDaisy DaisyPutih~ 17/01/13)~khamis









Tiada ulasan:

Catat Ulasan