Catatan Popular

Rabu, 16 Januari 2013

Cahaya Hati~

Cahaya adalah satu bentuk tenaga yang menjadikan kita dapat melihat bayang bayang di sekitar kita.  Seluruh Cahaya yang sampai kepada kita dari ruang angkasa  berasal daripada Matahari.  Cahaya dihasilkan oleh matahari kerana bahang panasnya.  Cahaya menempuh angkasa pada kelajuan 186 282,4 mil ataupun 299.792,5 kilometer, iaitu sekitar 300 ribu kilometer per saat.

Sesuatu bahan yang kelihatan berkilat, kusam, ataupun bening, bergantung pada sifat dan posisi bahan itu, iaitu samada ia memantulkan, menyerap, ataupun menyalurkan cahaya.  Cahaya dapat membelok ketika melalui sesuatu bahan dan menghasilkan bayangan optik seperti fatamorgana.

Berdasarkan maklumat oleh para ilmuwan, cahaya dapat menembus bahan-bahan yang lut sinar.  Bahan yang sifatnya tidak tembus pandang, akan menahan cahaya.  Terdapat cahaya yang dapat kita lihat dengan mata dan terdapat juga cahaya yang tidak dapat dilihat seperti gelombang radio dan sinar X.

Dalam kehidupan spiritual, cahaya adalah simbol daripada pencerahan spiritual.  Ilmu adalah cahaya. Bekas-bekas wuduk di tangan dan wajah adalah juga cahaya, demikian seterusnya.

Dalam dunia materi pula, cahaya berfungsi sebagai menerangi dan menunjuk jalan supaya pejalan kaki dapat melangkah dengan tenang. Makam dalam dunia spiritual, cahaya mengusik kegelapan menuju ke alam spiritual yang puncaknya adalah bertemu dan 'melihat' Allah SWT sambil memperoleh redhaNYA.

Cahaya dalam dunia materi dapat diperoleh melalui lilin, lampu, bintang, bulan, matahari dan lain-lain, terdapat cahaya yang bersumber daripada dirinya sendiri, seperti cahaya matahari, dan ada juga yang bersumber daripada pantulan sesuatu yang lain seperti cahaya bulan, terdapat juga cahaya buatan seperti lampu daripada eletrik, demikian juga cahaya spiritual, ada yang kita perolehi daripada para ilmuwan, ulama, nabi-nabi, ataupun terus daripada Allah SWT, baik melalui kitab ataupun hidayahNYA.

Dalam al-Quran, Allah SWT menyebut perkataan cahaya dan gelap secara beriringan dan disebutnya terlebih dahulu adalah gelap. Ini bukan sahaja kerana gelap, iaitu tiada, mendahului cahaya, iaitu Wujud, tetapi kerana cahaya petunjukNYA adalah nur ala nur, iaitu cahaya di atas cahaya (Surah an-Nur, ayat 35)

Terdapat juga manusia yang mampu memantulkan cahaya sehingga ada yang dapat menyerapnya, para nabi dan rasul memantulkan cahaya dan orang-orang beriman menyerap cahaya yang mereka pancarkan itu.

Cahaya pada mulanya terdiri daripada tujuh komponen warna yang masing-masing memiliki frekuensi, panjang, gelombang, dan tingkat kehangatan berbeza-beza, begitu juga cahaya material atau cahaya ilahi yang dianugerahkanNYA kepada semua makhlukNYA, juga berbeza-beza.

Apa yang diterima oleh para rasul berbeza frekuensi, panjang gelombang, dan kehangatannya dibandingkan dengan dengan diperoleh umatNYA.  Antara umat ini pula, berbeza antara satu dengan lain.

Ada cahaya yang dapat kita lihat dan ada juga yang tidak dapat dilihat, hakikat dan tuntutan agama juga begitu, ada yang jelas dan dapat terjangkau  dengan mudah oleh akal, dan ada yang tidak seperti sinar X ataupun pancaran eletromagnet yang lain.

DIA yang menurunkan Al -Quran kepada kita, dalamnya ada  ayat-ayat yang jelas dan tidak jelas, sebahagian orang membahaskan ayat-ayat yang kurang jelas ini untuk tujuan menimbulkan fitnah dan menyebarkan kesesatan, padahal, hanya Allah SWT yang mengetahui kebenaran di sebalik ayat-ayat itu.

Orang-0rang yang mendalami ilmunya berkata,
"Kami beriman dengannya semua di sisi Tuhan kami, dan tidak dapat mengambil pelajaran daripada nya melainkan "Ulul Albab" ~( Surah Ali Imran, ayat 7)

Iya, teringat saya akan  doa Nabi Muhammad SAW berdoa kepada Allah SWT,

"Ya Allah, campakkan ke dalam hatiku cahaya, ke lidahku cahaya, ke dalam pandanganku cahaya, ke pendengaran ku cahaya, di sebelah kanan dan kiri ku cahaya, di sebelah atas dan bahawa ku cahaya, di hadapan ku dan di belakangku cahaya, dan anugerahkan ke dalam diri ku cahaya. Engkau pemberi cahaya langit dan bumi"

Jaga hati, hiasi peribadi, moga bahagia, Allah Di hati...
kerana Penghubung itu adalah suara Hati...~

WhiteDaisy~
(17/01/2013)Khamis(8.00 am)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan