Catatan Popular

Khamis, 24 Januari 2013

Cebisan Rasa~

Baiklah..,

Akal manusia sentiasa mencari- cari makna kehidupan - asal usulnya, apakah maksud kedatangannya  ke dunia, dan ke mana akan pergi selepas mati.  Ini yang dikatakan SQ (Spritual Quotient - Kecerdasan  Rohani).

Sungguhpun begitu, SQ itu hanya cebisan jika dibandingkan dengan ajaran Tauhid bersumberkan wahyu yang lebih luas dan jitu. Namun, itu sudah memadai untuk membuktikan manusia sentiasa mencari Tuhan sama ada secara rela atau terpaksa. Dan itulah juga modal asas manusia untuk mencintai Allah SWT.

Sedarlah..,  apabila hati kita resah dan gelisah, inginkan pembelaan,hakikatnya pada ketika itu hati kita sedang merindui yang Maha Adil, ketika kasih sayang terputus atau cinta terkandas, kita inginkan sambungan - maka ketika itu sebenarnya kita sedang merindui Ar - Rahman  dan Ar- Rahim (Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang)

Ketika bersalah, kita merintih inginkan keampunan dan kemaafan, maka pada saat itu kita sebenarnya  merindui Al-Ghafar ( yang Maha Pengampun) dan mencintai Al- Latif ( Yang Maha Lembut).

Semua keinginan itu hanya akan dapat dipenuhi apabila manusia mendekatkan dirinya kepada Allah. Allah SWT yang mempunyai segala-galanya yang didambakan oleh setiap manusia.  Allah sentiasa mahu dan mampu meberi apa yang diinginkan oleh setiap insan.

Firman Allah SWT dalam surah Ghafir (40) ayat 60, yang bermaksud; "Dan Tuhan kamu berfirman: berdoalah kepada Ku Necaya Aku akan perkenaankan. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada KU, akan dimasukkan ke Neraka Jahanam dalam keadaan hina".

Ketika dilanda kemiskinan, manusia inginkan kekayaan..
Ketika dipinggirkan, manusia inginkan kasih sayang..
Ketika dizalimi, manusia inginkan keadilan,
Keika dilanda kejahilan, manusia inginkan Ilmu Pengetahuan..

Inilah bukti yang menunjukkan adanya cinta dan rindu manusia kepada Allah, Justeru, Allah sahaja yang memiliki segala-gala yang dinginkan oleh manusia.

Bukankah Allah memiliki kekayaan yang dinginkan oleh si Miskin? Allah jualah mempunyai kasih sayang yang diidamkan oleh mereka yang terpinggir, Allah Maha Adil dan mampu memberikan keadilan yang didambakan kepada golongan yang tertindas.

Oleh sebab itulah Tuhan mempunyai nama-nama yang baik (Asmaul Husna), yang menggambarkan keindahan, keadilan, kasih sayang yang merupakan segala sifat kesempurnaanNYA sesungguhnya Allah itu...

~ Al -Adil ( Maha Adil)
~ Al - Ghani ( Maha Kaya)
~ Ar -Rahman ( Maha Pengasih)
~ Ar - Rahihm ( Maha penyayang)

Sebutlah apa sahaja keinginan dan harapan manusia tentang kebaikkan dan kesempurnaan, maka di situ sebearnya ( secara langsung atau tidak) , manusia sedang merindui dan mencintai Allah.  Inilah Fitrah murni yang ada di dalam diri manusia.

Suhabana'allah....
Jaga Hati, Hiasi peribadi, moga bahagia, Allah dihati...
WhiteDaisy..DaisyPutih...



Mekar Bersama Rindu~

Desir-desir angin...
menimbul seribu ingin..
terasa meresap sukma cinta...
membakar hatiku yang dingin...

Desir-desir daun,
melirik pohon merimbun,
merangsang rindu bertemu..
bilakah cinta akan bertamu..

Ah....
bila cinta yang SATU...
mudahlahkita bertemu..
jauh pun bukan alasan..
pada satu petemuan..

Dalam solat aku doakanMU..
walau jarak kita beribu batu..
Munajat ini mekar bersama rindu.......

Rabu, 16 Januari 2013

Kecerdasan~

Akhir-akhir ini, banyak cendekiawan memperkenalkan aneka kecerdasan manusia, antara lain IQ
( Kecerdasan Intelektual), EQ (Kecerdasan emosional), dan SQ (Kecerdasan Spiritual).

Kecerdasan spiritual (SQ), melahirkan iman yang kukuh dan rasa kepekaan yang mendalam, kecerdasan ini yang menegaskan kewujudan Tuhan yang dapat ditemui di mana-mana, kecerdasan ini melahirkan kemampuan bagi menemukan makna hidup, serta memperhalus budi pekerti.  Kecerdasan ini juga yang melahirkan mata ketiga dan indera keenam untuk manusia.

Ia yang menjadikan manusia percaya kepada perkara-perkara ghaib, tetapi ghaib yang tidak bertentangan dengan kecerdasan intelektualnya, bukan ghaib yang mempunyai ciri tahyul dan khurafat.  Bukan juga  ghaib yang menjadikannya percaya kepada angka 13 ataupun, apabila terlanggar seekor kucing, dia menguburkan kucing itu, manakala sekiranya terlanggar manusia, dia melarikan diri.hehe...

Kecerdasan emosional (EQ) menjadikan kita mampu mengendalikan nafsu dan diri.  Emosi dan nafsu diperlukan kerana keduanya adalah faktor yang mendorong terlaksananya tugas kekhalifahan di muka bumi, atau dengan kata lain, tugas membangunkan dunia sesuai dengan kehendak dan tuntutan ilahi.



Kecerdasan ini,  mampu mendidik kita supaya marah pada tempatnya, dengan kadar, serta cara yang tepat, kecerdasan emosional mendorong lahirnya sifat tabah dan sabar apabila berdepan dengan ujian dunia, kecerdasan ini dapat menjadikan jiwa kita seimbang, seterusnya, mampu berfikir secara logik, objektif, bahkan memiliki tubuh badan sihat. Orang yang kecerdasan emosinya berfungsi dengan baik, akan menyelamatkan anggota badannya daripada segala kejahatan dan menyelamatkan hatinya daripada segala maksud buruk.

Kecerdasan ketiga yang kita perlukan adalah kecerdesan Intelektual (IQ).  Tetapi , sekiranya ini tidak disertai dengan kedua kecerdasan seperti yang saya bicarakan di atas, manusia terjerumus ke dalam jurang kebinasaan. Kita menjadi seperti kepompong yang membakar diri sendiri kerana 'kepintarannya' perlu diingati, kebodohan bukan sekadar lawan kepada banyaknya pengetahuan, ini kerana, mungkin sahaja seseorang memiliki informasi yang banyak, tetapi apa yang diketahuinya tidak bermanafaat untuknya.

Dalam satu nasihat kepada anaknya, Luqman Al-Hakim berpesan, " Wahai anaku, tidak ada baiknya mempelajari apa yang belum kamu ketahui, sekiranya kamu belum memanfaatkan apa yang kamu ketahui. Perbuatan ini seperti pengumpul kayu yang tidak mampu memikulnya, tetapi dia menambah lagi kayu lain untuk dipikulnya"..

Dalam satu kisah disebutkan, "Pengetahuan adalah cahaya yang dicampakkan Allah SWT ke hati siapa yang bersedia bagi memperolehinya"

Kini, mahukah kita menggunakan aneka kecerdasan itu secara terpadu?

Sekiranya kita mahu dan bertekad, Tuhan yang Maha Kuasa akan 'menampakkan' dirinya kepada kita, dan ketika itu Dia Mencintai kita.~!!

Dalam hadis yang direkodkan oleh al-Bukhari melalui Abu Hanifah, Rasullah SAw menyatakan,

"Sesungguhnya Allah yang Maha Mulia lagi Maha Agung berkata, " Barang siapa yang memusuhi Wali-KU, iaitu orang yang dekat kepada KU., sesungguhnya aku nyatakan perang kepadanya, sesungguhnya hambaKU yang mendekatkan diri kepada AKU dengan sesuatu, lebih AKU senangi berbanding mereka yang melaksanakan apa yang AKU perintahkan.

AKU mencintai hamba KU  yang sentiasa mendekatkan diri dengan melakukan amalan-amalan sunnah, apabila AKU  mencintaiNYA , menjadikan AKU  telingaNYA bagi mendengar, mata bagi melihat, tangan bagi mengajar, dan kakinya untuk berjalan, apabila dia bermohon kepda AKU , pasti AKU  kabulkan permohoanNYA, apabila dia meminta perlindungan KU, pasti aku melindungiNYA"

Jaga hati, Hiasi peribadi, Moga bahagia, Allah dihati, kerana Penghubung itu, Adalah suara Hati
(WhiteDaisy DaisyPutih~ 17/01/13)~khamis









Cahaya Hati~

Cahaya adalah satu bentuk tenaga yang menjadikan kita dapat melihat bayang bayang di sekitar kita.  Seluruh Cahaya yang sampai kepada kita dari ruang angkasa  berasal daripada Matahari.  Cahaya dihasilkan oleh matahari kerana bahang panasnya.  Cahaya menempuh angkasa pada kelajuan 186 282,4 mil ataupun 299.792,5 kilometer, iaitu sekitar 300 ribu kilometer per saat.

Sesuatu bahan yang kelihatan berkilat, kusam, ataupun bening, bergantung pada sifat dan posisi bahan itu, iaitu samada ia memantulkan, menyerap, ataupun menyalurkan cahaya.  Cahaya dapat membelok ketika melalui sesuatu bahan dan menghasilkan bayangan optik seperti fatamorgana.

Berdasarkan maklumat oleh para ilmuwan, cahaya dapat menembus bahan-bahan yang lut sinar.  Bahan yang sifatnya tidak tembus pandang, akan menahan cahaya.  Terdapat cahaya yang dapat kita lihat dengan mata dan terdapat juga cahaya yang tidak dapat dilihat seperti gelombang radio dan sinar X.

Dalam kehidupan spiritual, cahaya adalah simbol daripada pencerahan spiritual.  Ilmu adalah cahaya. Bekas-bekas wuduk di tangan dan wajah adalah juga cahaya, demikian seterusnya.

Dalam dunia materi pula, cahaya berfungsi sebagai menerangi dan menunjuk jalan supaya pejalan kaki dapat melangkah dengan tenang. Makam dalam dunia spiritual, cahaya mengusik kegelapan menuju ke alam spiritual yang puncaknya adalah bertemu dan 'melihat' Allah SWT sambil memperoleh redhaNYA.

Cahaya dalam dunia materi dapat diperoleh melalui lilin, lampu, bintang, bulan, matahari dan lain-lain, terdapat cahaya yang bersumber daripada dirinya sendiri, seperti cahaya matahari, dan ada juga yang bersumber daripada pantulan sesuatu yang lain seperti cahaya bulan, terdapat juga cahaya buatan seperti lampu daripada eletrik, demikian juga cahaya spiritual, ada yang kita perolehi daripada para ilmuwan, ulama, nabi-nabi, ataupun terus daripada Allah SWT, baik melalui kitab ataupun hidayahNYA.

Dalam al-Quran, Allah SWT menyebut perkataan cahaya dan gelap secara beriringan dan disebutnya terlebih dahulu adalah gelap. Ini bukan sahaja kerana gelap, iaitu tiada, mendahului cahaya, iaitu Wujud, tetapi kerana cahaya petunjukNYA adalah nur ala nur, iaitu cahaya di atas cahaya (Surah an-Nur, ayat 35)

Terdapat juga manusia yang mampu memantulkan cahaya sehingga ada yang dapat menyerapnya, para nabi dan rasul memantulkan cahaya dan orang-orang beriman menyerap cahaya yang mereka pancarkan itu.

Cahaya pada mulanya terdiri daripada tujuh komponen warna yang masing-masing memiliki frekuensi, panjang, gelombang, dan tingkat kehangatan berbeza-beza, begitu juga cahaya material atau cahaya ilahi yang dianugerahkanNYA kepada semua makhlukNYA, juga berbeza-beza.

Apa yang diterima oleh para rasul berbeza frekuensi, panjang gelombang, dan kehangatannya dibandingkan dengan dengan diperoleh umatNYA.  Antara umat ini pula, berbeza antara satu dengan lain.

Ada cahaya yang dapat kita lihat dan ada juga yang tidak dapat dilihat, hakikat dan tuntutan agama juga begitu, ada yang jelas dan dapat terjangkau  dengan mudah oleh akal, dan ada yang tidak seperti sinar X ataupun pancaran eletromagnet yang lain.

DIA yang menurunkan Al -Quran kepada kita, dalamnya ada  ayat-ayat yang jelas dan tidak jelas, sebahagian orang membahaskan ayat-ayat yang kurang jelas ini untuk tujuan menimbulkan fitnah dan menyebarkan kesesatan, padahal, hanya Allah SWT yang mengetahui kebenaran di sebalik ayat-ayat itu.

Orang-0rang yang mendalami ilmunya berkata,
"Kami beriman dengannya semua di sisi Tuhan kami, dan tidak dapat mengambil pelajaran daripada nya melainkan "Ulul Albab" ~( Surah Ali Imran, ayat 7)

Iya, teringat saya akan  doa Nabi Muhammad SAW berdoa kepada Allah SWT,

"Ya Allah, campakkan ke dalam hatiku cahaya, ke lidahku cahaya, ke dalam pandanganku cahaya, ke pendengaran ku cahaya, di sebelah kanan dan kiri ku cahaya, di sebelah atas dan bahawa ku cahaya, di hadapan ku dan di belakangku cahaya, dan anugerahkan ke dalam diri ku cahaya. Engkau pemberi cahaya langit dan bumi"

Jaga hati, hiasi peribadi, moga bahagia, Allah Di hati...
kerana Penghubung itu adalah suara Hati...~

WhiteDaisy~
(17/01/2013)Khamis(8.00 am)