Catatan Popular

Selasa, 16 Oktober 2012

Ketika menghadiri sessi taklimat petang kemarin, terfikir, monolog di dalam diam....bermain minda seketika...

Alasan bahawa kita punya kelemahan hakikatnya bukanlah alasan yang valid.

Manusia semuanya mempunyai kekurangan. Kelemahan. Kecacatan. Yang sempurna itu hanyalah Allah SWT. Yang Maha Perkasa, Maha Besar, Maha Bijaksana, hanyalah Allah SWT.

Manusia memang akan ada kekurangannya. Namun itu bukan alasan yang perlu diperbesar-besarkan untuk tidak berusaha mencapai sesuatu yang lebih tinggi.

Kita tahu kita lemah, maka kita pertamanya perlu mengenal pasti apakah benar ianya merupakan satu kelemahan? Atau sebenarnya sekadar mainan pemikiran kita?

Kemudian, apabila sudah mengenal pasti itu adalah sebuah kelemahan, kita patut berfikir bagaimana hendak mengatasinya? Apakah langkah-langkahnya?

Seterusnya pada masa yang sama, kita perlu nilai di dalam diri kita dan bertanya, apakah pula kekuatan yang kita ada?

Senaraikan dan kemudian fikir bagaimana hendak menggunakan kekuatan-kekuatan tersebut.
Perancangan dan cara berfikir sebeginilah yang akan menghasilkan kekuatan untuk mengatasi kelemahan yang ada pada kita. Bukannya membesar-besarkan kelemahan, yang kemudiannya menjadi alasan untuk tidak melakukan apa-apa.

Di dalam kehidupan ini, ada satu perkara yang mampu menggandakan kekuatan yang ada sehingga mengatasi kelemahan yang wujud.
Itulah dia keyakinan.!!

Namun untuk kita orang-orang Islam yang punya keimanan.. keimanan.. pula mampu menggandakan kekuatan yang diberikan oleh keyakinan....

Jika ada kelemahan, cari jalan mengatasinya.
Bukan mempertuhankannya....

Jaga Hati...Hiasi Peribadi, Moga Bahagia ALLAH Di Hati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan