Catatan Popular

Khamis, 7 November 2013

Santai Minda..

Iya,

Selalunya apabila kita gagal, kita akan memberikan pelbagai alasan.
Gagal dalam peperiksaan, kita mungkin mengatakan cikgu tidak pandai mengajar, cikgu tidak mahir subjek, sekolah teruk, ibu bapa tidak ambil kisah tentang kita, peralatan belajar tidak mencukupi dan berbagai-bagai lagi alasan.

Jarang sekali kita hendak mengatakan , "Iya.., memang aku kurang berusaha, Ya, memang aku yang malas, ya, memang aku yang mengabaikan pelajaran sejak awal".

Memang inilah sifat semulajadi manusia, lebih gemar mencari dan memberi alasan terhadap semua kegagalannya, jarang sekali hendak mengakui kelemahan-kelemahan diri sendiri yang telah menyumbang  pada satu-satu kegagalan itu.

Kita harus ingat, alasan bukan lah sebab atau punca masalah, apabila kita memberi alasan kita berusaha kuat untuk melindungi sebab atau punca sebenar kepada angkara masalah.  Kita boleh rasa selesa dan selamat apabila dapat mengemukakan alasan dengan menyalahkan pihak lain, padahal kita langsung tidak membantu diri kita untuk memperbaiki keadaan diri kita apabila berpendirian seperti itu.

Seseorang apabila sedar dirinya bermasalah dan masalah itu berpunca daripada kelemahan peribadi (Internal Weakness) dia akan berusaha keras untuk mengatasi kelemahan tersebut. Akan tetapi jika dia berbangga dengan keupayaannya mengemukakan alasan atas kelemahannya itu, tidak akan timbul kesedaran dan kesungguhan untuk mengatasinya.

Dalam dunia ini orang tidak boleh berjaya jika bergantung atau bermain sentimen alasan.  Kita mesti berusaha mengatasi kelemahan diri secara positif.

Jangan lihat orang lain bersalah sebelum salahkan diri sendiri dahulu, orang lain mungkin bersalah namun itu bukan tiket untuk diri kita membina alasan.

kenapa....Kerana Bahagia itu Milik kita...
Daisy(8.11.13)
Friday.. 


1 ulasan: