Catatan Popular

Khamis, 21 November 2013

Sebagaimana Ianya Bermula.

Salam Bahagia..
Iya,
Takrifan personaliti membawa maksud satu konsep yang mengambarkan keperibadian seseorang manusia. Manakala mengikut Dictionary of Psychology (1973), personaliti ditakrifkan sebagai hasil paduan sifat fizikal, mental, emosi, nilai dan perlakuan seseorang manusia dalam perhubungan sosialnya, sebagaimana yang dilihat oleh manusia lain.


Memandangkan tugas baru saya sekarang ini melibatkan diri dalam  "Sumber Pengurusan Dan Pembangunan Sahsiah Manusia, maka,suka saya menegur diri dalam konteks perguruan, sifat-sifat personaliti yang positif, iaitu yang baik, sesuai, berkesan dan mulia yang perlu ada pada seseorang guru atau ahli professional merujuk kepada personaliti seseorang guru.

Seseorang guru yang sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti pengajarannya dan sentiasa mementingkan kejayaan dan kebajikan pelajar-pelajarnya dikatakan mempunyai “profesionaliti” yang tinggi. 


Oleh itu, seseorang guru itu dapat dilihat bahawa perguruan dan tugasnya bukan semata-mata sebagai satu “pekerjaan” tetapi sebagai satu “profesion” berbentuk Amanah daripada Allah SWT.

Setiap sesuatu di dunia ini mempunyai dua wajah; positif atau negatif, hitam atau putih; buruk atau baik, cemerlang atau kecundang, begitu juga sikap kita sebagai guru-guru bukan sahaja professional malah menunjukkan ciri-ciri profesionaliti yang tinggi sepanjang masa.

Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda, "kalau mahu kenal seseorang itu maka kenallah kawan-kawannya". Oleh itu sekiranya kita  memilih kawan yang positif, bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang apa yang mahu dicapai dimasa hadapan; pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian kita. Pastinya kita turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup kita pula. 


Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka. 

Untuk berjaya kita  perlu berkawan dengan mereka yang telah berjaya. Dalam Bidang Motivasi, belajar dari pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka membentuk personaliti dikalangan masyarakat. Orang yang berjaya selalunya mempunyai personaliti dan karisma yang mengkagumkan. Personaliti dan karisma ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Kalau mereka boleh, kita juga boleh melakukannya.


kita perlu sentiasa menanamkan semangat kental dan mengamalkan sikap positif, memaafkan mereka yang bersalah dan cuba sebaik mungkin untuk memperbaiki perhubungan sesama manusia.Pertuturan, pergerakan, kelakuan dan seribu satu macam tindakan kita  merupakan pengajaran secara pemerhatian. Jauhkanlah fahaman fatalisme yang menyerah pada nasib. 


Ianya mempunyai pengaruh kuat dalam diri kita untuk membenarkan kegagalan. 

Menyandarkan kesalahan atau kelemahan pada takdir, yang manifestasinya seperti dalam kenyataan bahawa "Saya pada dasarnya bodoh" misalnya, merupakan sumber negative thinking yang signifikan. kita harus memeranginya, jika idea tersebut ada pada diri kita.

Kerana Bahagia itu Milik kita....



Selasa, 19 November 2013

EQ (Emotional Quotient)

Salam Bahagia...

Secara umum, kemahiran berfikir secara kritis menggunakan otak kiri dan kemahiran berfikir  secara kreatif menggunakan otak kanan., dengan menggunakan pemikiran kritis kita bakal memperolehi kebolahan kebolehan dalam mencirikan, membandingkan, mengumpul, membuat urutan, menyusun mengikut keutamaan, menganalisis mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi membuat keputusan atau menyelesaikan masalah.

Manakala dengan mengunakan pemikiran kreatif kita bakal memperolehi kebolehan menjana idea, membuat inferens iaitu membuat kesimpulan awal yang mungkin benar ataupun tidak berdasarkan maklumat daripada pemerhatian., membuat hipotesis iaitu membuat pernyatakan umum yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa, ia perlu diuji untuk menentukan kesahihannya..meramal, mensintesis menggabungkan unsur yang berasingan untuk menghasilkan satu gambaran keseluruhan.

Takala diri kita tertekan, lakukanlah saranan kendiri, kenduran minda dan mengingati PENCIPTA..

Ha, mesti tertanya...apakah itu Kendiri...? sebenarnya Kendiri itu bermaksud apabila kita bercakap dengan diri kita sendiri dengan bersuara mahupun tidak, bercakap sendiri ini sebenarnya berlaku setiap waktu, bahkan takala  kita tidur, sebenarnya minda kita bercakap hingga tertayanglah pelbagai gambaran mimpi, jika kuat sangat percakapan itu ia akan terluah melalui kata-kata dalam keadaan begini kita dikatakan sedang mengigau.
Jika kita gagal mendapatkan arus Alpha dalam diri maka hasilnya selalu buruk.

Situasi begini berlaku kerana adanya campur tangan syaitan, ini mimang tidak dinafikan, agama menyarankan kita beristighfar dan membaca doa-doa untuk menghalau syaitan misalnya memohon perlindungan Allah dari Syaitan yang direjam dan kemudian membaca Bismillah.

Namun perkara pertama  yang kita kena ingat adalah mengenal  PENCIPTA...kita kena sedar masalah hati tidak dapat ditangkis berpunca daripada  lemahnya penghayatan agama.


Firman Allah dalam surah Al-ma'rij, ayat 19, maksudnya, " Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut), apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut, kecuali orang yang mengerjakan sembahyang, iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyang"..

~Kerana Bahagia itu Milik kita~

Khamis, 7 November 2013

Santai Minda..

Iya,

Selalunya apabila kita gagal, kita akan memberikan pelbagai alasan.
Gagal dalam peperiksaan, kita mungkin mengatakan cikgu tidak pandai mengajar, cikgu tidak mahir subjek, sekolah teruk, ibu bapa tidak ambil kisah tentang kita, peralatan belajar tidak mencukupi dan berbagai-bagai lagi alasan.

Jarang sekali kita hendak mengatakan , "Iya.., memang aku kurang berusaha, Ya, memang aku yang malas, ya, memang aku yang mengabaikan pelajaran sejak awal".

Memang inilah sifat semulajadi manusia, lebih gemar mencari dan memberi alasan terhadap semua kegagalannya, jarang sekali hendak mengakui kelemahan-kelemahan diri sendiri yang telah menyumbang  pada satu-satu kegagalan itu.

Kita harus ingat, alasan bukan lah sebab atau punca masalah, apabila kita memberi alasan kita berusaha kuat untuk melindungi sebab atau punca sebenar kepada angkara masalah.  Kita boleh rasa selesa dan selamat apabila dapat mengemukakan alasan dengan menyalahkan pihak lain, padahal kita langsung tidak membantu diri kita untuk memperbaiki keadaan diri kita apabila berpendirian seperti itu.

Seseorang apabila sedar dirinya bermasalah dan masalah itu berpunca daripada kelemahan peribadi (Internal Weakness) dia akan berusaha keras untuk mengatasi kelemahan tersebut. Akan tetapi jika dia berbangga dengan keupayaannya mengemukakan alasan atas kelemahannya itu, tidak akan timbul kesedaran dan kesungguhan untuk mengatasinya.

Dalam dunia ini orang tidak boleh berjaya jika bergantung atau bermain sentimen alasan.  Kita mesti berusaha mengatasi kelemahan diri secara positif.

Jangan lihat orang lain bersalah sebelum salahkan diri sendiri dahulu, orang lain mungkin bersalah namun itu bukan tiket untuk diri kita membina alasan.

kenapa....Kerana Bahagia itu Milik kita...
Daisy(8.11.13)
Friday..