Catatan Popular

Selasa, 28 Februari 2012

Bicara Hati KU...

Akal pemikiran dalam diri seseorang manusia saya lihat tidak nampak pembangunan diri sekiranya mereka masih berada di takuk lama dan tidak berfikiran jauh jika tidak adanya kaji an terhadap penemuan fakta-fakta yang baru ditemui.

Teringat kepada Guru saya,  beliau berkata bahawa
"manusia ini hidup untuk apa?

Dalam kehidupan, kita diajar dalam konsep kehidupan kepada tiga perkara iaitu membaca, mengaji dan mengkaji."

Jika boleh dihuraikan tiga perkara ini dalam soal pembacaan Al-Quran, membaca adalah cara seseorang itu belajar bagaimana hendak menyebut surah-surah Al-Quran. Apabila sudah adanya asas, dipelajari pula asas tajwid untuk mengaji dan apabila sudah faham terhadap dua asas pertama maka langkah akhir adalah mengkaji yakni memahami isi kandung tafsir Al-Quran.

Kesimpulan daripada tiga perkara ini adalah apabila didatangi kita dengan suatu ilmu bukanlah sewenang-wenangnya untuk kita terima bulat-bulat tetapi harus diselidiki dan diteliti agar kita ketahui bahawa ilmu itu bukanlah ilmu yang menyempitkan akal fikiran tetapi meluaskan pemikiran seorang manusia.

Sedangkan dalam Al-Quran sendiri telah menyebut jika datang kepada kita suatu berita harus diperiksa terlebih dahulu sama ada sahih atau batil.

Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang seorang fasiq kepada kamu membawa berita, periksalah ia terlebih dahulu. Agar nanti jangan kamu menghukum sesuatu kaum dalam keadaan jahil (terhadap apa yang benar), lantas kamu kemudiannya menyesal atas apa yang telah kamu lakukan.
 (Surah Al-Hujurat 49 : 6)

 Maka, dengan demikian manusia bukanlah dicipta hanya untuk menerima suatu ilmu dengan satu tiada bantahan atau kritikan.

Jika ya, tiada gunalah fungsi akal di dalam penciptaan manusia sebagai sistem operasi manusia yang paling canggih untuk bertindak balas terhadap persekitaran semasa.

Terkilan juga apabila membaca mana-mana tulisan yang menyatakan tidak dapat menerima pandangan yang berbeza dan pandangan yang jauh keterbukaan.

Sedangkan manusia diciptakan dengan pelbagai perbezaan dari segi perwatakan, perbuatan, pemakaian. Cuma janganlah berbeza terhadap perkara yang telah sepakat di dalam syariat Islam seperti mana yang telah Allah swt sebut di dalam Al-Quran.

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariaatmu dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (Surah Al-Hajj: Ayat 67)
Dalam konteks kini, masyarakat sering dibawakan kepada mereka akan berita-berita yang kadang-kadang amatlah bercanggah dengan akal fikiran.

 Dunia sekarang bukan lagi dunia yang menangkuk air di tepi arus kerana dunia telah mengecapi kemudahan dalam mencari maklumat.

Maka, wajar masyarakat pada hari ini meninggalkan kejumudan dan mendekatkan kepada fikrah yang bersih daripada akal yang sempit ke arah akal yang lebih keterbukaan.

Jaga hati, Hiasi peribadi, Moga bahagia, Allah di Hati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan