Iya,
Takrifan personaliti membawa maksud satu konsep yang mengambarkan keperibadian seseorang manusia. Manakala mengikut Dictionary of Psychology (1973), personaliti ditakrifkan sebagai hasil paduan sifat fizikal, mental, emosi, nilai dan perlakuan seseorang manusia dalam perhubungan sosialnya, sebagaimana yang dilihat oleh manusia lain.
Memandangkan tugas baru saya sekarang ini melibatkan diri dalam "Sumber Pengurusan Dan Pembangunan Sahsiah Manusia, maka,suka saya menegur diri dalam konteks perguruan, sifat-sifat personaliti yang positif, iaitu yang baik, sesuai, berkesan dan mulia yang perlu ada pada seseorang guru atau ahli professional merujuk kepada personaliti seseorang guru.
Seseorang guru yang sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti pengajarannya dan sentiasa mementingkan kejayaan dan kebajikan pelajar-pelajarnya dikatakan mempunyai “profesionaliti” yang tinggi.
Oleh itu, seseorang guru itu dapat dilihat bahawa perguruan dan tugasnya bukan semata-mata sebagai satu “pekerjaan” tetapi sebagai satu “profesion” berbentuk Amanah daripada Allah SWT.
Setiap sesuatu di dunia ini mempunyai dua wajah; positif atau negatif, hitam atau putih; buruk atau baik, cemerlang atau kecundang, begitu juga sikap kita sebagai guru-guru bukan sahaja professional malah menunjukkan ciri-ciri profesionaliti yang tinggi sepanjang masa.
Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda, "kalau mahu kenal seseorang itu maka kenallah kawan-kawannya". Oleh itu sekiranya kita memilih kawan yang positif, bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang apa yang mahu dicapai dimasa hadapan; pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian kita. Pastinya kita turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup kita pula.
Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka.
Untuk berjaya kita perlu berkawan dengan mereka yang telah berjaya. Dalam Bidang Motivasi, belajar dari pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka membentuk personaliti dikalangan masyarakat. Orang yang berjaya selalunya mempunyai personaliti dan karisma yang mengkagumkan. Personaliti dan karisma ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Kalau mereka boleh, kita juga boleh melakukannya.
kita perlu sentiasa menanamkan semangat kental dan mengamalkan sikap positif, memaafkan mereka yang bersalah dan cuba sebaik mungkin untuk memperbaiki perhubungan sesama manusia.Pertuturan, pergerakan, kelakuan dan seribu satu macam tindakan kita merupakan pengajaran secara pemerhatian. Jauhkanlah fahaman fatalisme yang menyerah pada nasib.
Ianya mempunyai pengaruh kuat dalam diri kita untuk membenarkan kegagalan.
Menyandarkan kesalahan atau kelemahan pada takdir, yang manifestasinya seperti dalam kenyataan bahawa "Saya pada dasarnya bodoh" misalnya, merupakan sumber negative thinking yang signifikan. kita harus memeranginya, jika idea tersebut ada pada diri kita.
Kerana Bahagia itu Milik kita....








