Catatan Popular

Ahad, 4 Disember 2011

Hadapi Cabaran^_^

Perkara yang sememangnya penting untuk terus berganjak maju. Meningkatkan keupayaan, kematangan diri dan kejayaan peribadi adalah dengan menerima cabaran baru. Tanpa berani untuk menerima sebarang cabaran, agak sukar untuk terus melangkah meninggalkan takuk lama pencapaian kendiri.
Takuk lama pencapaian jika terlalu diduduki akan memberikan satu perasaan selesa. Perasaan selesa yang memungkinkan langkah maju kehadapan bertambah berat. Berada dalam zon selesa mungkin memberi hanya sedikit ruang kemajuan. 
Sememangnya agak sukar untuk menghadapi cabaran-cabaran. Cabaran amat memeningkan, memberi tekanan ,memenatkan fizikan dan mental. Terutamanya cabaran baru yang tidak diketahui risiko sebenar dan kesannya. Justeru dengan mengetahui kesannya, membantutkan perasaan untuk mencuba dan apatah lagi menghadapinya.
Sebenarnya dengan menghadapi cabaran, ia akan memberikan pengalaman baru dalam menguruskan sesuatu perkara atau masalah. Ia umpama satu pakej yang sedia untuk dibuka dan dapatkan kandungan nya. Hadapi cabaran keranaia  akan lebih mematangkan cara peribadi dalam membuat keputusan, memberi cadangan, berfikiran kritikal dan memahami risiko dengan lebih baik kesan daripadanya.
  Pepatah ada berkata, ucapan yang menyatakan "Jika takut membuat keputusan, bagaimana harus kita maju dan seterusnya mencapai kejayaan dalam diri?"

Ilhamnya, takutnya kita membuat keputusan adalah punca daripada kurangnya pengetahuan atau pengalaman tentang sesuatu perkara. Tapi, jika terus takut untuk menghadapi cabaran, bagaimana untuk menimba pengalaman dan mempelajari sesuatu yang baru?
Selalunya kita bangga melihat seseorang yang tampak yakin, mampu memberikan cadangan, pandangan kreatif, mampan dan mampu menyelesaikan masalah. Kepandaian dan ilmu yang mereka ada, pastinya tidak didapati begitu sahaja tanpa menerima dan menghadapi sesuatu perkara dan cabarannya. 
Pengalaman adalah guru terbaik setiap manusia bukan? Pengalaman mengajar seribu satu perkara dan memberi pelajaran yang terbaik dalam apa juga situasi dan cabaran yang dihadapi. Bersyukur dengan cabaran dan kepayahan yang dihadapai kerana ianya memberikan pengalaman yang amat tidak ternilai harganya.

Hadapilah cabaran yang datang. Sama ada datang atas pilihan sendiri atau atas arahan, positifkan diri untuk berhadapan dengannya.  Pasti akan ada pengajaran dan pelajaran baru yang bakal menjadi aset dalam berjaya dalam kehidupan. Insya-allah dan selamat berjaya.

  Ingatlah~!! Segala tindakan ada risiko dan kesannya. Fikirkan yang terbaik untuk diri sendiri.

Jaga Hati, Hiasi Peribadi, Moga Bahagia, Allah dihati...
Cakk~!^_^

Khamis, 1 Disember 2011

Usia Dan Sikap ^_^

Assalamu'alaikum wa rohmatullahi wa barokatuh..

Selamat bertemu kembali, rupanya kita sama-sama dipanjangkan usia untuk saling bertemu di alam abjad. Insyallah..

Hidup kita ini kadang-kadang ada 'instinct' atau gerak hati yang boleh memandu perjalanan hidup untuk kita buat keputusan dan sebagai panduan. 

Banyak-banyakkan lah  buat solat Istikharah.  Moga-moga dapat kelebihan gerak hati untuk membuat pilihan yang tepat bila berdepan dengan beberapa pilihan yang nampaknya sama bagus.

'Instinct' ini orang kata six sence, pancaindera keenam. Yang pertama mata, kedua hidung, ketiga mulut, keempat lidah, kelima telinga dan keenam inilah dia Instinct atau six sence.  Ada orang pancaindera keenam ini sangat kuat hingga dia seolah-olah boleh melihat masa depan, bukan untuk diri dia sahaja tetapi  juga untuk orang lain yang bertanya kepadanya.

Ini bukan soal  kita ahli Nujum, tok Bomoh, atau berguru dengan hantu, dengan jin atau dengan setan.., entah macamana kita nampak masa depan, inilah yang dipanggil gerak hati (suara hati) namanya atau six sence.

Hendak jadi insan berkualiti kita perlulah bijak, hendak jadi bijak kita perlu banyak bertenang. Pertama urus psikologi dengan betul., apa  makna Psikologi? Kajian tentang kejiwaan atau proses mental serta tingkah laku, maka bila dikatakan dengan betul, bermakna binalah rangka kerja yang betul agar emosi dan pemikiran selari, bermotif , yang membawa pada perasaan yang teratur dan tertib.

Kedua, urus mental. Ketiga, urus emosi. Emosi mudah diurus kalau kita bertenang selalu dan cara mudah hendaklah bertenang dengan bersolat, dimana kita mendapat arus alpha dengan mendalam.

Keempat, urus sosial, moga-moga berkat. Basuh atau cuci kesalahan kita terutamanya dengan kedua orang tua kita, sebab itu, bila kadang kita perhatikan, bagi mereka yang sudah 'kehilangan' ibu bapa, kita akan mencari orang-orang tua yang berilmu dan minta didoakan, mohon restu dan berkatnya...

Kelima, urus spritual. Kerohanian kita mesti di pasak dengan Iktikad dan akidah yang betul, supaya tidak terbabas, lebih mudah supaya kita tidak jadi tunggangan setan.

Keenam, urus fizikal. Ini pun penting sebab kalau fizikal tidak sihat, cedera, macamana kita hendak meneruskan kehidupan.

Ingatlah,
Cabaran utama untuk jadi manusia berkualiti ialah kualitikan hati kita...

Moga-moga semuanya selamat, kita hanya iringi dengan doa moga-moga selamat, apa pun asalan, apa pun cara dan gaya hidup kita yang penting, ~ matalamat menjamin pahala, yuk kita sama sama tingok, renung, lihat, pandang jalan-jalan kita, jangan membuahkan dosa.

Jaga hati, hiasi peribadi, moga bahagia, Allah dihati..
Cakk~!! ^_^

Selasa, 29 November 2011

Think Positif!

Our lives improve only when we take chances...and the first and most difficult risk we can take is to be honest with ourselves.

Selasa, 8 November 2011

Monolog Hati..^_^

"Tanda Keredhaan Allah pada hambaNya adalah semangat nya untuk melakukan ketaatan dan rasa berat nya untuk mengerjakan kemaksiatan.”

"Tanda Keredhaan Allah pada hambaNya adalah jika ia dapat merasakan manisnya taat dan pahitnya maksiat."


"Sesungguh nya Allah bersama kita di mana saja kita berada."



“Ya Rabbi...

izinkan kami menjadi seperti pepohon rendang yang memayungi insan sekeliling kami dengan cinta dan kasih sayang yang bersulam redhaMu...

sampai masa pohon ini akan kering dan mati namun tersenyum puas
ketika dirinya menyembah bumi…”

Jaga hati, hiasi peribadi, moga bahagia, Allah dihati
Cakk ponggg~!~^__^

PESAN RASULULLAH KEPADA AISYAH SEBELUM TIDUR

"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara”, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meredhai kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....


Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasulullah tersenyum dan bersabda : "Jika engkau hendak tidur bacalah :

*Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

*Bacalah selawat untuk ku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

*Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

*Dan, perbanyaklah bertasbih 33 subhanallah 33 alhamdulilah 34 Allah hu Akbar, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Jaga hati, hiasi peribadi, moga bahagia, ALLAH dihati
cakk ponggg~!~^___^

Jumaat, 4 November 2011

Jauhi Fitnah~^__^

SEBAGAI manusia, selagi hidup kita akan berinteraksi dengan orang lain. Setiap hari kita berkomunikasi dengan orang di sekeliling dan dari situ kita dapat memproses maklumat serta membina hubungan dalam bermasyarakat.


Orang yang enggan berinteraksi sebenarnya adalah orang yang tidak berada dalam realiti kehidupan yang hakiki dan dia sebenarnya tidak menunaikan tuntutan sebagai manusia.


Orang yang suka bersendirian akan lebih terdedah kepada hasutan syaitan sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi SAW: “Sesungguhnya syaitan itu seperti serigala kepada manusia sebagaimana serigala kepada ternakan. Ia menerkam kambing yang bersendirian dan terpencil. Maka, jauhilah kamu daripada berpecah belah, dan wajiblah kamu bersama-sama jemaah, orang ramai dan masjid.” (riwayat Ahmad)


Namun, dalam kehidupan bermasyarakat, kita perlu menjaga akhlak dalam percakapan dengan orang lain. Ketika berkomunikasi, antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah kebenaran fakta yang disampaikan kepada kita dan sejauh mana ketepatan maklumat yang kita sampaikan kepada orang lain.


Bak kata pepatah “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”.


Islam menganggap fitnah satu daripada sifat mazmumah (tercela) dan dilarang Allah seperti dalam firman-Nya yang bermaksud:


Fitnah itu lebih bahaya daripada pembunuhan. (al-Baqarah: 191)


Jangan kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang gemar menyebarkan fitnah. (al-Qalam: 29).


Oleh itu, kita perlu menjaga dua perkara dalam berinteraksi iaitu input dan output. Di kebanyakan waktu dan ketika, kita perlu mempunyai usaha dalam menapis maklumat yang diterima.


Justeru, Allah SWT memerintahkan kita untuk tabayyun iaitu menganalisis dan mengkaji terlebih dahulu maklumat yang kita perolehi. Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (al-Hujurat: 6)


Sikap tabayyun ini sangat perlu kerana berkemungkinan maklumat yang sampai kepada kita adalah tidak benar ataupun merupakan fitnah yang sengaja diciptakan untuk memburukkan seseorang.


Dalam hal ini pendekatan yang betul sangat penting agar kita tidak terperangkap. Justeru, apabila menerima satu-satu maklumat jangan mudah menerimanya tanpa terlebih dahulu dipastikan kebenarannya atau difahami maklumat berkenaan.


Sebagai contoh, seorang hakim tidak boleh membuat keputusan tanpa bersikap adil dalam memperolehi maklumat. Justeru, hakim perlu memanggil kedua-dua pihak sama ada tertuduh atau yang menuduh.


Kita tidak boleh menghukum seseorang dengan sentimen. Islam mengajar kita menghukum berdasarkan maklumat yang tepat.


Ia seperti yang disebut dalam satu kaedah, “Menjatuhkan satu-satu hukuman dalam sesuatu perkara hendaklah berdasarkan tasawur yang jelas tentang perkara tersebut”.


Dalam sejarah umat Islam, kita menyaksikan betapa fitnah membawa bencana dan malapetaka dalam masyarakat. Fitnah inilah yang membawa kepada pembunuhan Saidina Uthman r.a yang dituduh menjalankan dasar kronisme dan nepotisme dalam pentadbirannya.


Fitnah juga menyebabkan berlaku pertembungan di antara para sahabat besar seperti Saidina Ali bin Abi Talib r.a dan Muawiyah bin Abi Sufyan r.a.


Munir al-Ghadban menyebut dalam kitabnya berkenaan Muawiyah bin Abi Sufyan: “Aku tidak berpendapat bahawa adanya suatu peribadi di dalam sejarah umat Islam yang terdiri daripada kalangan para sahabat yang awal, yang ditarbiah dengan tangan Rasulullah SAW dan mereka yang hidup dengan wahyu langit, lalu diperburukkan, dibohongi mengenainya dan didustakan kepadanya seperti yang terkena pada Muawiyah bin Abi Sufyan r.a…

Jaga hati, hiasi peribadi, moga bahagia, Allah dihati
Cakk pongg~!!^__^


Khamis, 3 November 2011

Renungan^+^

Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat...

Jaga hati, hiasi peribadi, moga bahagia, Allah dihati..
Cakk ponggg~!!^___^

Jaga Hati, Jangan Sakiti...


Jika rasa sedih itu adalah AIR,
biarlah ia mengalir ke akar-akar pohon, ke tanah-tanah gersang, ke tasik-tasik yang kekeringan..
Semoga ada manfaat kepada yang lain..

Tapi JANGANLAH ke MATA ku..
Kerana sudah terlalu banyak air yang mengalir dari situ..
 
Kerana ku takuti air dari mata ku itu tidak mampu memadamkan api neraka MU, Ya ALLAH..
Hanya membawa kepada kemurkaan MU..

Jika rasa sedih itu adalah ANGIN,
biarlah ia menghembus lembut ke hamparan-hamparan yang ketandusan, ke kawanan tumbuhan yang mengharapkan angin..
Semoga ada manfaat kepada yang lain..

Tapi JANGANLAH ke JIWA ku..
Kerana sudah terlalu lama angin yang bergelodak di situ…
Kerana ku takuti angin dalam jiwa ku itu tidak mampu menjadikan ku kuat untuk ke jalan MU,
Ya ALLAH..
Hanya membawa kepada kemurkaan MU..

Jika rasa sedih adalah KETAJAMAN,
biarlah ia digunakan untuk menghunus musuh-musuh Islam, untuk mengasah akal para pejuang agama…
Semoga ada manfaat kepada yang lain..

TAPI JANGANLAH ke HATI ku..
Kerana sudah terlalu dalam luka yang terhiris..
Kerana ku takuti ketajaman ke hati ku itu tidak mampu menjadikan hati ku Ikhlas untuk MU,
Ya ALLAH..
Hanya membawa kepada kemurkaan MU..

Namun,

Jika rasa sedih adalah CAHAYA PETUNJUK dari ALLAH,
biarlah ia terpancar ke dalam mata ku, jiwa ku, hati ku dan ke seluruh alam..
Agar semua dapat merasai cahaya keindahannya itu..

Cahaya keredhaan dari ALLAH ..

Tanda Kasih , Cinta, Ingatan dari ALLAH yang Maha Agung,
yang Maha Mengetahui, yang Maha Pengasih, yang Maha Mengasihani, yang Maha Pencinta…
Yang telah menciptakan segala-galanya ..
Daripada tiada kepada ada...
Agar semuanya kembali kepada MU , Ya ALLAH..
Kembali sujud kepada MU..
Kembali menuju ke jalan MU..
Kerana Engkaulah destinasi cinta yang HAKIKI...

Jaga Hati, Hiasi peribadi, Moga bahagia,
Allah Di hati..

Cakk ponggg~!^___^

Rabu, 2 November 2011

Sakit Kepala @ Migrain

Migrain ialah sakit kepala yang kronik dan paling kerap dialami seseorang. Penyakit ini biasanya datang dan pergi. Mangsa migrain selalunya tidak mampu menjalankan tugas harian, malah ada yang tidak boleh makan, minum dan hanya menghabiskan masa tidur di bilik.

Kira-kira 12% daripada golongan dewasa di negara in
i menghidap migrain dan sebahagian besar daripada mereka adalah wanita yang masih didatangi haid. Apabila mengalami migrain, pesakit biasanya mengalami sakit kepala yang teruk.

Punca
sebenar penyakit ini masih belum diketahui sehingga kini. Bagaimanapun, pakar perubatan berpendapat, faktor genetik atau baka adalah satu penyebab migrain.

Antara tanda-tanda migrain ialah
:

Loya dan muntah-muntah.
K
ira-kira 70 peratus pesakit berasa loya dan sebahagian daripadanya muntah-muntah.
Penglihatan pesakit menjadi begitu sensitif.
Contohnya, mereka mengadu sakit mata apabila melihat cahaya. K
eadaan itu dikenali sebagai fotofobia.

Pendengaran turut menjadi sensitif dan keadaan itu dikenali sebagai fonofobia. Dalam keadaan ini, pesakit mendengar lebih kuat dan jelas setiap bunyi di sekelilingnya walaupun ia perlahan.
Kemerah-merahan pada kulit, pad
a keliling mata ataupun dahi
Badan berpeluh.
Bercakap dengan suara per
lahan. Pesakit tidak bercakap kuat kerana ia lebih menyakitkan.
Kepala terasa pening.
Pesakit terasa pe
rsekitaran mereka bergerak-gerak seperti menaiki bot, mabuk laut ataupun vertigo.
Pitam dan boleh
menyebabkan
pesakit mengalami kecederaan anggota badan.

Bagaimanapun, migrain tidak didedahkan kepada maut. Penyakit ini boleh dicegah dengan mengelakkan faktor penyebab seperti :


a) Ketegangan

Keadaan ini terdedah kepada sesiapa sahaj terutama lelaki. Mereka yang tidak bijak mengurus dan mengendalikan masalah akan terdedah kepada sakit kepala jenis ini.

b) Pengambilan ub
at-ubatan
Masalah tertentu untuk meredakan kesakitan boleh mendedahkan seseorang kepada sakit kepala. Pengambilan makanan mengandungi bahan 'monosium glumate atau MSG', kafein dan alkohol boleh juga menjadi penyebab kepada sakit kepala.


c) Penyakit metabolik

Kekurangan gula di dalam tubuh, kurang darah, kegagalan fungsi ginjal dan hati juga boleh menyebabkan sakit kepala.



Untuk meredakan serangan ini, cuba ikuti panduan ini :
  1. Berehat seketika dengan berbaring. Baring diatas katil dan pejamkan mata kira-kira setengah jam.
  2. Elakkan terkena cahaya terang atau pancaran matahari.
  3. Berehat di dalam sebuah bilik gelap atau samar-samar kerana keadaan terang boleh menambahkan lagi sakit kepala.
  4. Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai kain tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala. Kemudian tekapkan pada mata seketika.
  5. Jika masih tidak reda, cuba guna air suam. Basahkan tuala dengan air suam dan tekapkan pada mata selama kira-kira setengah jam.
  6. Fikirkan secara positif. Sebahagian besar sakit kepala berpunca daripada tekanan dan gangguan perasaan.

Terdapat juga beberapa cara lain untuk mengatasi sakit kepala. Antaranya ialah :

Minum air kosong
Dehidrasi merupakan salah satu penyebab terbesar timbulnya sakit
kepala. Jadi, untuk memastikan keadaan tubuh tetap seimbang dan terjaga, maka minumlah 8-10 gelas ir sehari. Namun, jangan minum secara berlebihan kerana cairan yang berlebihan ini akan mengurangkan kadar elektrolit dan sodium dalam tubuh.
Tidur yang cukup (8jam)
Pastikan diri mempunyai tidur dan rehat yang secukupnya. Tidur yang
terlalu lama an terlalu kurang akan menyebabkan sakit kepala. Jadi, pastikan jadual tidur adalah tetap. Pastikan juga waktu tidur tersebut adalah berkualiti. Anda mestilah mengosongkan fikiran dari apa-apa kerja pun sebelum tidur. Hal ini kerana, waktu tidur adalah waktu untuk tubuh anda berehat, jadi biarkanlah tubuh anda rehat dengan secukupnya. *ciann sama badan kita kann..kan..kan...kan...

Menulis
Tulis lah apa sahaja yang bersarang dan terbeban di fikiran. Terlalu banyak berfikir akan membuatkan kepala menjadi sakit.

Jadi, luahkanlah apa sahaja yang tertanam di fikiran dalam sehelai kertas, ataupun diari, ataupun blog, ataupun pada buku2 tulis. Dengan ini, ia mampu mengurangkan beban di kepala.
*tulis kat pasir pantai pun boleh, lepas tu bila kena ombak , terasa macam semua masalah atau beban tu hilang bersama tulisan2 selepas dipukul ombak*

hehe....

Jaga hati, hiasi peribadi, moga bahagia, Allah Dihati
Cakk ponggg~!~ ^___^

Menulis Kerana Allah^__^

 


 
Menulis itu merupakan satu cara untuk menyampaikan ilmu yang kita ada kepada orang lain..
Ilmu yang kita miliki itu adalah milik ALLAH.
Ilmu itu juga merupakan hidayah ALLAH.
Maka, perbetulkanlah niat untuk menulis.
Biarlah menulis untuk ALLAH.
Menulis untuk mendapat keredhaan ALLAH.
Menulis untuk menyebarkan agama ALLAH.

Menulislah kerana ALLAH.

Jaga hati, Hiasi Peribadi, Moga bahagia, Allah dihati..
Cakk ponggg~!~^___^

Belajar Untuk Menerima...~^__^

Hidup ini semakin hari semakin banyak pula dugaan.

Dugaan semalam belum lagi tamat, datang pula dugaan dan cubaan pada hari ini. Namun, sebenarnya tanpa kita sedari dugaan tersebut sebenarnya telah mengajar kita. Mengajar kita erti menerima.
Setiap anak Adam di atas muka bumi ini telah ditentukan Allah ajalnya, rezekinya, jodohnya dan menjadi orang yang sengsara ataupun sebaliknya sejak azali lagi. Sebagai contoh:
Hari ini Daisy makan nasi goreng dan air laici, malamnya pula Daisy  makan mee goreng dan air masak. Jadi, di sinilah ketentuan Allah bahawa rezeki Daisy dari segi makanan, minuman dan sebgainya telah ditetapkan baginya.
Begitu juga rezeki dari segi Belajar. Sebagai contoh: Daisy  merupakan pelajar SK Kepayan, setelah itu dia melanjutkan pelajaran ke SMK. Kuhara. Kemudian tamat sahaja SPM, dia melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi dan kemudian menyambung pelajaran ke Universiti Malaysia. Ini semua merupakan ketetapan Allah kepada setiap hamba-Nya. Suatu ketentuan yang telah ditetapkan sejak azali lagi.

Ketika Daisy di sekolah, matriks dan universiti banyak pula cabaran dan dugaan yang diberikan Allah sesuai dengan kesanggupannya. Segala dugaan dan cabaran yang ditempuhi haruslah diiringi dengan kesabaran dan kecekalan. Bagaimana untuk menerbitkan rasa sabar?
Rasa sabar insya-Allah dapat dilahirkan apabila seseorang itu belajar untuk menerima. Belajar untuk menerima segala ketentuan Allah. Apabila seseorang itu menerima segala dugaan Allah dengan sabar. Maka ganjaran yang besar akan diperolehi di dunia bahkan ganjaran yang sangat besar di Akhirat.
Usahlah khuatir, kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya. Segala kesusahan yang kita hadapi moga dapat memberi suatu hasil yang lumayan di dunia dan di Akhirat kelak.
"Bersama kesusahan ada kesenangan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan."
[al-Insyirah, ayat 5 dan 6]

Usaha, Doa, Tawakal dan Redha

Bagaikan suatu formula pula. Usaha + Doa + Tawakal + Redha = TENANG. Sudah pasti ketenangan dapat dihasilkan apabila menggunakan bahan-bahan seperti Usaha, tanpa usaha kita tidak mungkin berjaya (dengan izin-Nya), kerana Allah tidak menyukai hamba-Nya yang selalu berdoa tetapi langsung tidak berusaha, sebagai contoh:
White sangat lapar ketika itu, dia terus berdoa kepada Allah agar memberinya makanan. Namun begitu, dia langsung tidak berusaha untuk mendapatkan makanan.
Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu melainkan dia berusaha untuk mengubahnya sendiri. Ya, USAHA!
Doa merupakan senjata orang Mukmin, berdoalah dan jangan sombong! Allah tidak menyukai hamba-Nya yang sombong iaitu yang selepas selesai solat, langsung tidak berdoa meminta kepada Allah.
Setelah kita masukkan bahan usaha + doa, kita campurkan pula ramuan Tawakal. Tawakal bererti berserah kepada Allah.

Bahan yang terakhir adalah Redha, sebagai contoh apabila seseorang itu memperoleh keputusan peperiksaan yang tidak cemerlang, seharusnya dia redha, walaupun dia sudah berusaha dan berdoa sehabis mungkin. Bersangka baiklah pada Allah S.W.T kerana Dia lebih mengenali diri kita berbanding, kita mengenali diri sendiri. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya.

Maka,apabila kita redha. Bahan-bahan tersebut telah membuatkan kita mencapai tahap REDHA.
Insya-Allah..
Wallahualam~

Jaga hati, hiasi peribadi, moga bahagia, Allah di hati..
Cakk ponggg~!~^___^

Sujud..~!~^__^

Hikmah sujud antaranya ialah :

1) Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada
perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya.

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.



Bernafas ketika sujud p
ula boleh:

  • membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • membetulkan pundi peranakan yang jatuh
  • mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  • melegakan paru-paru daripada ketegangan
  • mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  • kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  • meringankan bahagian pelvis.
  • memberi dorongan supaya mudah tidur.
  • menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud
  • pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
  • bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  • mengurangkan kegemukan.
  • pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut
  • organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  • mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

2) Dari segi psikologi

Sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebaga
inya.

3) Dari segi perubatan

Kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan
sempurna.



Jaga hati, hiasi peribadi, moga bahagia, Allah di hati
Cakkk ponggg~!~^__^

Lima Waktu...~

Lima perkara yang kita semua mahukan dan kita usaha untuk mendapatkannya :
1 : Wajah yang cantik – solat subuh

2: Duit yang banyak – solat zohor

3: Kesihatan yang baik – solat asar

4: Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita – solat maghrib

5: Tidur yang nyenyak tanpa ganguan – solat isyak

Senang sahaja untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari .

Sabda Nabi Muhammad S.A.W ; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak .

( Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat )

" Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya "
(Surah Al-Baqarah, ayat 286)

Iya...
Perkara pertama yang akan dihisap ke atas seseorang pada hari kiamat kelak ialah Solat. Jika elok solatnya, maka eloklah seluruh amalnya, jika rosak solatnya, maka rosaklah seluruh amalnya.. Jadi, tepuklah dada tanyalah iman kita..adakah cukup solat kita? Solat itu tiang agama, jika tidak solat, maka runtuhlah agama seseorang itu..

Jaga hati, hiasi peribadi, moga bahagia,
Allah dihati...Cakk ponggg~!~^__^

Ahad, 18 September 2011

Kurangkan bertengkar...^__^

Pertengkaran bukan dalam bentuk perkataan sahaja, malah lebih kepada perselisihan faham, dan berbagai bagai perselisihan hati. 

Akhirnya, kita  bermasam muka, tidak mau di pandang muka, diam seribu bahasa, tidak mahu makan, atau lebih baik makan sendirian, tidak mau senyum dan sebagainya lgi.

Iya, kalau boleh coba lah khatamkan Al-Quran, niatkan untuk kecemerlangan seluruh ahli keluarga, orang orang yang kita sayangi dan berbahagia di dunia dan juga akhirat, tenangkan hati, fikirkan kebahagiaan, ....

adalah rugi, jika kita habiskan hidup ini, dengan pertengkaran...hehe..

Sebenarnya, rasa yang menghantui perasan ini, adalah fenomena yang berpunca dari hati, ilmu dan akal. Hati yang tiada ilmu akan mendorong akal tunduk pada nafsu, nafsu yang tidak terdidik pula, akan mendorong kepada syahwat yang haram.

Jika hati tidak seronok tunduk pada ketentuan ILAHI, dada pula kosong dengan ilmu, akal akan menolak atau  berdolak dalih, jadilah ibadah apa pun amat menyulitkan.

Jaga hati, hiasi peribadi, moga bahagia, Allah di hati...
 

cakk~! hehe..


Cakk~!~

Letakkanlah perasaan mahu BAHAGIA...
dan Ceria bersama setiap ahli keluarga, orang
orang tersayang...pada setiap Awal pagi...ketika bangun dari tidur, di samping sering berdoa..berusaha, untuk sentiasa mencipta rasa bahagia di hati...

pasti kita akan berasa BAHAGIA...sepanjang
hari...

Kebahagiaan adalah satu keadaan yang dirasai oleh 
manusia di dalam dirinya.~!

iaitu ketenangan hati.., kelapangan dada.., kerehatan otak,
dan keselesaan perasaan....^___^

Meniti Di Atas.....

Kebahagiaan itu akan didapati apabila 
mendapat keberkatan hidup,
keberkatan hidup ... 
ialah memberi manafaat kepada rohani,
manafaat kepada jasmani,
memberi manafaat kepada masyarakat
dan hidup diredhai ALLAH....

^^^^^

Wanita yang sentiasa mengawasi dirinya sendiri
selalu berasa dirinya kekurangan.., 

dalam soal amal 
kebajikan dan amalan...

Terutamanya apabila membandingkan dirinya
dengan para solehah....

Ahad, 28 Ogos 2011


.Wa'abud Robbaka Hatta ya'tikal Yakin.(Qs.Hijr:99).
Dan sembahlah kepada Allah sampai datang kepadamu yang di yakini.

.Di kala malam gelap gulita tiada cahaya.
Ku menyibak tirai yang tak terlihat di balik Hati.
Ku hembuskan nafas menghirup udara kalam.
Sejuk terasa walau panas dunia menggelora.

.Kitab kajian sukma diriKU.
Ada terasa hilang tidak tampak.
Mengalir adanya saat kurasa.
Isi dari satu ke pastian diriKu.

.Sinar yang lalu datang ,hilang tak terlihat lagi.
Hanya kesunyian Diri yang kurasakan di balik Hati
Menunggu dan terus ku menunggu engkau datang.
Kemanakah hilang dan perginya, datang hanya sekejap.

.Hidup ku adanya nyawa berserta nafas.
Tiadalah nyawa maka tiadalah hidupku.
Hidup itu tidak membutuhkan nyawa.
Tapi nyawa membutuhkan yang Maha Hidup. 

.Bumiku bersujud ,langitku berdzikir melantunkan ayat-ayat.
Semua kembali ke pada semula, jati Diri yang ku dzikirkan. 
Akulah hamba yang mengemban darma dari kalam suciMU.
Kupegang pengikat ilmu dengan kuat untuk sampai pada yang HAQ.

.Inilah wujub kitab yang yang sempurna.
Bacalah kehadirannya dalam diriku.
Dalam gerak diamnya bersama sifatNya.
Yang Maha Goibun beserta IlmuNya.

.Bumiku kian melemah tak kuat menahan beban nafas dunia.
Langitku kian tenggelam tiada terlihat lagi dalam ke kosongan.
Kuaraih kesempurnaan yang paripurna.
Menuju Haq yang Maha Agung.
Yang meliputi segala sesuatu yang baru.
Ku Raih pengampunan dan HidayahNya.

.Menghadap sukmaku menunduk di perantaraan.
Satu terbukti ,hilang ke empat tinggal tunggal.
Kesempurnaan wujud ke sejatian Hidup.
Yang sempurna yang ada terbaca di Haqul yakin.

.Astaghfirullah hal adzim alazdi lailaha ilallahu.
Laa haula wa laa quwata illa billahil aliyul adhim.


.Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.(Qs.Al Isra:44).


.Wassalam.